Masakan asli dari Tanah Jawa (arwah nenek asal dari sana, jadi die yang perkenalkan tapi dah diubahsuai sikit ikut selera masakini).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jagung Goreng
Masakan asli dari Tanah Jawa (arwah nenek asal dari sana, jadi die yang perkenalkan tapi dah diubahsuai sikit ikut selera masakini).
BAHAN-BAHAN
- 5 ketul jagung mentah saiz M-L (jangan guna jagung yang dibuat jagung manis dalam cawan tu ye… rasa die tak segar nanti)
- 2 sudu tepung gandum – sukatan rata sudu je (kalau jagung saiz XL boleh tambah tepung)
- 2 biji telur ayam
- 1 biji cili besar – merah (kalau nak pedas tambah cili lagi)
- 1/2 biji bawang besar
- 1 biji bawang kecil
- Sebatang daun sup untuk hiasan
- Garam secukup rasa
- Sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan)
CARA PENYEDIAAN
- Kikis dan kikir jagung dari tongkolnya. Sisa jagung yang melekat tu pun kikir jugak. Tumbuk jagung tadi, lebih kurang 1/2 hancur. Jagung ditumbuk untuk mengeluarkan air jagung. Yang selebihnya biar berbiji.
- Potong bawang besar dan bawang kecil tadi, cili besar dan daun sup. Masukkan ke dalam no. 1.
- Tambahkan tepung gandum, telur. Gaul sampai semua bercampur. Semak keadaan adunan itu, kalau adunan jagung macam lembik sangat, tambah tepung lagi sikit, jangan banyak, kalau keras hilang rasa jagung. Tapi biasanya sukatan ini dah memadai.
- Kalau nampak keras pula, tambahkan air tadi. Nanti bila tengah buat tu boleh agak keadaan yang sesuai. Asalkan semua jagung tu melekat ok lah tu.
- Tambah garam secukup rasa. Gaul rata.
- Goreng dengan minyak panas api sederhana besar, cedok adunan dan masukkan dalam kuali pakai sudu je. Goreng sampai nampak kecoklatan. Jangan sampai hangit..nanti tak sedap lah..Kalau pakai api besar nanti jagung ni cepat hangit tapi tepung belum masak pulak.
- Hidangkan.Sesuai dimakan semasa suam-suam kuku bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan sos cili sebarang jenama.. Ermmmm..sedapnya!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.