resipi dr mak, ambil ms yg singkat n mudah tu disediakan, sesuai tuk wanita bekerjaya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Stim Taucu

resipi dr mak, ambil ms yg singkat n mudah tu disediakan, sesuai tuk wanita bekerjaya…

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm ikan kerapu/merah/putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia muda
  • 3 btg cili merah/hijau (utk hiasan)
  • 10 biji cili padi ( iku suka smda pedas or tak)
  • 3 sdm taucu manis (dlm botol brand yeo’s)
  • 1 biji bawang besar ( tuk hiasan)
  • bawang goreng dan daun sup
  • garam dan bahan perasa
  • 1 sdk minyak masak tuk menumis
  • 1 biji tomato ( di belah 4 tuk hiasan)
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan.
  • Cincang/hiris bwg putih, merah, halia, cili merah/ hijau, cili padi dan bawang besar.
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan yg tlh d cincang/hiris td sehingga naik wangi. Masukkan taucu dan tomato. Tambahkan bhn perasa dan garam. Tambahkan air mengikut kesukaan anda. (sy sgaja letak air byk2 coz hubby sy suka hirup kuah ikan stim ni..)
  • Sediakan periuk pengukus dan panaskan sehingga air mendidih. Susun ikan dlm bekas aluminium. Tuangkan bahan tumisan ke atas ikan. Tambahkan bhn hiasan spt bwg goreng dan daun sup yg telah diracik halus.
  • Kukus dengan api sederhana sehingga masak.
  • Hidangkan ketika panas. Mesti best punyer… bak kata hubby, “mertua lalu pun tak perasan…” Hehehe..
    Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN