Lagi variasi ikan kukus. Resepi asal dari bekas rakan sekerja…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Kukus Asam Boi

Lagi variasi ikan kukus. Resepi asal dari bekas rakan sekerja…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( saya gunakan ikan kembung je…)
  • 30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris
  • 3 biji asam boi
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • ½ inci halia ~ dihiris halus
  • 1 biji tomato ~ dihiris
  • 1 batang lobak merah ~ dihiris
  • 4 biji cili api ~ dibelah 2 (nak pedas tambah lagi)
  • 1 batang serai ~ diketuk
  • 1 sudu makan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk
  • 1 camca teh tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit daun bawang
  • 2 sudu besar sos tiram
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yang ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
  • Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
  • Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN