Mudah dan sedap
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan goreng 3rasa simple
Mudah dan sedap
BAHAN-BAHAN
- 1 Ekor ikan(Bawal hitam)
- 2biji tomato ( di potong dadu dan di buang biji)
- 1biji epal hijau ( di potong dadu)
- Sedikit nenas yang telah dipotong dadu
- 1biji bawang besar ( di potong dadu)
- sedikit bawang putih/ bawang merah dan halia ( di blend)
- sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
- 3 sudu kicap pekat/ kicap soya
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu sos tiram
- sedikit gula ( ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
- bersihkan ikan, kemudian perapkan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. (biarkan selama 15minit)
- Panaskan minyak. kemudian goreng ikan sehingga nampak sedikit garing.
- angkat dan biar kan sejuk.
- sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. kemudian masukkan bawang putih/bawang merah dan halia yang telah di blend tadi. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan Tomato/ epal hijau dan nenas yang di potong dadu. kemudian masukkan sedikit air supaya tidak hangus.
- Masukkan pula sos cili/ sos tiram dan kicap pekat. tambah sedikit gula jika mahu.
biar mendidih sekejap. bila kuah dah nampak pekat, tutup api. - Tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang telah siap di goreng. Dah siap…
- Taburkan sedikit daun bawang jika suka…
~ selamat mencuba~
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.