resepi dapat dari internet

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

homemade cottage cheese

resepi dapat dari internet

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan susu segar (leh guna susu tepung, 3 cwn susu tepung + 6 cwn air)
  • 4 @ 5 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
  • 1/2 sudu teh Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
  • Tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
  • Masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey( tak tau apa dipanggil dalam bm)
  • Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
  • Letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
  • Tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
  • Tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan
  • Masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
  • Masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.
  • Saya tambahkan 1 botol yogurt (spt gambar di atas) untuk dapatkan tekstur seperti cream cheese, PROSES LETAK YOGURT (CAP MARIGOLD YG CWN TU) SELEPAS PROSES CHEESE YG SIAP YER. (kemudian saya guna kan untuk wat cotton cheese kek, bleh la.. sedap gak berbandingkan kalau guna cheese yg kita beli di kedai). Tapi yg ni lebih halal le…
  • Lebihan air susu + cuka (Gambar di atas) yg di tapis tu jgn buang, itu lah buttermilk yg boleh kita guna semula untuk tujuan buat kek dan roti yg lain lak..
  • psst: kegunaan cuka tu adalah untuk menghasilkan whey (x tau le panggil ape, belasah le taik susu) kalau x form gak whey tu bubuh lagi cuka ekkk…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN