Resepi turun-temurun dan asli dari Penang……..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Hokkien Mee Penang

Resepi turun-temurun dan asli dari Penang……..

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus mee kuning
  • Bahan untuk campurkan di dalam mee: tauge, sayur kangkung beli dalam seikat, bawang goreng, telur 4 biji (rebus)
  • 1kg udang sederhana (kopek asingkan isi dan kulit)
  • 4 ulas bawang putih (ketuk-ketukkan)
  • 4 biji bawang besar (kisarkan)
  • 1 senduk cili kisar (terpulang pada masing-masing kalau nak pedas)
  • Gula batu sedikit
  • Tauge
  • Seikat sayur kangkung
  • Bawang goreng
  • 4 biji telur rebus
CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan udang dari kulit. Cucikan kulit tersebut dan direbus. Air jangan dibuang..
  • Ambil kulit yang direbus tadi kisarkan dengan sedikit air..kisar sampai hancur..
  • Panaskan minyak, tumiskan cili kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan sekali bawang putih tadi..lepas itu baru masukkan bawang merah kisar..kalau tak nak masukkan bawang merah pun boleh gak tapi kalau masukkan baru rasa sedap sikit..
  • Bila dah pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yang dikisar tadi…bagi bau naik dan masukkan air rebusan tadi. Tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yang diingini ..selalunya hokkien mee ni tak cair tak pekat. Kalau nak pekat masukkan sedikit bancuhan tepung jagung…
  • Akhir sekali masukkan gula secukupnya..terpulanglah kalau nak manis ke tak hokkien mee ni mesti ada rasa manis sikit..masukkan lah garam dan Ajinomoto…petua kalau nak hokkien mee ni sedap, masukkan gula batu dalam seketul (sederhana kecik). Isi udang kita tumiskan dengan sedikit miyak sehingga kemerahan dan asingkan. Air tumis tu tadi boleh dimasukkan ke dalam kuah…..dan dah pun siap. Celurlah mee, sayur kangkung…seperti biasa….telur pun kena rebus.
  • Sambal: tumis cili kisar dan masukkan sikit kicap cair dan Ajinomoto. Sambal ini untuk diletakkan di dalam mee yang nak dimakan nanti… selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN