Resipi ini resipi khas untuk homemade chocolate. Menggunakan coklat Compound/Couverture. Resipi ini ialah resipi dari saya sendiri. Tiada plagiat dari sesiapa. Copy dari blog resipi saya sendiri iaitu Blog Guru Coklat. Boleh lihat blog resipi saya untuk membaca resipi homemade chocolate yang lain. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Guru Coklat Peanut Butter Almond Crunchy

Resipi ini resipi khas untuk homemade chocolate. Menggunakan coklat Compound/Couverture. Resipi ini ialah resipi dari saya sendiri. Tiada plagiat dari sesiapa. Copy dari blog resipi saya sendiri iaitu Blog Guru Coklat. Boleh lihat blog resipi saya untuk membaca resipi homemade chocolate yang lain. :)

BAHAN-BAHAN

  • Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
  • Badam.
  • Peanut butter.
  • Cornflakes yang telah dikisar.
  • Acuan coklat.
  • Berus mewarna/stik.
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
  • Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
  • Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh menggunakan sudu atau piping bag.)
  • Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.
  • Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.
  • Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.
  • Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.
  • Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.
  • Hentakkan acuan semula.
  • Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.
  • Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.
  • Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.
  • Sedia untuk dihidangkan. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN