mudah dan membuka selera

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Lemak Sardin Tempoyak Tempe =)

mudah dan membuka selera

BAHAN-BAHAN

  • ~1 tin sardin saiz kecil (nak sedap guna ayam brand)
  • ~2 biji ubi kentang saiz sederhana (potong dadu dan jgn besar sangat supaya cepat masak)
  • ~1 bungkus tempe (hiris nipis)
  • ~2 sudu tempoyak baru
  • ~beberapa ulas cili padi ikut selera (tumbuk halus)
  • ~1 kotak santan
  • ~sedikit kunyit
  • ~1 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • ~2 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • ~garam secukup rasa
  • ~2 kotak air (sukat gua kotak santan)
CARA PENYEDIAAN
  • satukan bawang merah, bawang putih, cili padi, serbuk kunyit, santan, air, ubi kentang dalam periuk. masak atas api sederhana sambil menimba kuah agar tidak berketul..
  • bila kentang dah agak empuk, masukkan sardin, tempe, tempoyak. kacau sebati. biarkan seketika dalam 10 minit dengan api sederhana.
  • perasakan dengan garam. sedia dinikmati.
  • Selamat mencuba =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN