Hidang dengan Nasi Pilau Pakistan tu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Ayam Pakistan

Hidang dengan Nasi Pilau Pakistan tu…

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 ketul ayam (biasanya Paki guna kambing tapi saya tukar pada ayam sebab tak makan kambing)
  • 1 tin plum tomato (bukan tomato puri)
  • 1 labu besar bawang (dihiris)
  • 5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)
  • 50gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam terlebih dahulu.
  • Kisar cili hijau bersama daun ketumbar.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu.
  • Masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali.
  • Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya…
  • Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat.
  • Nota: Resepi ini tak gunakan air atau santan…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN