resepi ni saya ambik dari blog rozzan..cuma saya tambah bahan lain sikit dalam adunan kek spannya..coz kekandang ada org yg x pandai buat kek span tradisional…ialah ikut tangan katakan kekadang jadi kekadang x…sy cma tambah super sponge n sedikit baking powder..supaya lebih menjadik..apa pun resepi rozzan ni mmg best..TQ

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gateau (Kek Buah-Buahan Segar)

resepi ni saya ambik dari blog rozzan..cuma saya tambah bahan lain sikit dalam adunan kek spannya..coz kekandang ada org yg x pandai buat kek span tradisional…ialah ikut tangan katakan kekadang jadi kekadang x…sy cma tambah super sponge n sedikit baking powder..supaya lebih menjadik..apa pun resepi rozzan ni mmg best..TQ

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN-BAHAN KEK
  • 5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
  • 130 gm tepung gandum (diayak)
  • 150 gm gula halus( kastor)
  • 80 gm mentega cair
  • 1 sudu teh penuh super sponge
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Cara-cara membuat kek span
  • Pukul telur, super sponge bersama gula sehingga kembang dan pekat
  • Kemudia masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama,
  • Gaul rata adunan tadi hanya dengan menggunakan senduk kayu, sekadar rata..jangan terlalu lama mengaul, nanti udara keluar.
  • Kemudian masukkan mentegar cair dan gaul rata lagi
  • Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 9″ yang telah di lanser dengan majerin dan dialas kertas minyak
  • Bakar dalam oven yg tlh di panaskan dahulu pada suhu 170-180’C selama 30-40 minit
  • Setelah masak kek perlu di keluarkan serta merta dan di sekukkan terlebih dahulu.
  • Bahan-bahan hiasan
  • 1/2 -1 tin buah pic dalam tin, 2 1 biji buah kiwi, 3 keping nenas bulat dalam tin, beberapa biji buah anggur..atau pun boleh ditambah dgn buah-buahan segar lain..dan badam hiris yang telah di bakar dlm oven terlebih dahulu
  • Bahan-bahan Krim sapuan
  • 250 gm wipping cream (dipukul hingga kembang dan gebu)
  • Bahan-bahan glaze (untuk memastikan buah -buahan 2 segar dan berkilat)
  • 3-4 sudu aprikot jell/ atau jem aprikot pun bleh jgak..
  • 4-5 sudu air panas
  • Campukan kedua2 bahan itu
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara menghias
  • Kek span tadi di potong kepada 2 lapisan, kemudian sapukan sedikit dengan wipping cream tadi di lapisan bawah dan taburkan dengan buah pic yang telah dihiris kemudian tampal dengan kek lapisan atas.
  • Lebihan Wipping cream tadi sapu di seluruh kek..cam nak wat kek butter cream jer…
  • Kemudian diatas kek bleh lah dihias dengan buah2an segar dan di sapu dengan glaze.
  • Di tepi kek di tabur dengan badam hiris…dan boleh lah kek ni di simpan di dalam peti sejuk sblm di guna…kek ni x tahan kalu lama2 sgt kat cuaca yang panas coz wipping cream x tahan skit…
  • *kalu takut kek span berbau hanyir telur..bolehlah ditambah sedikit easen vanilla…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN