Donut yang ringan… perasa ikut citarasa. Kalau buat kecil-kecil (diameter 5-6 cm) boleh dapat 24-30 biji. Cara memasak lebih kurang sama dengan Cream Puff.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

French Crullers

Donut yang ringan… perasa ikut citarasa. Kalau buat kecil-kecil (diameter 5-6 cm) boleh dapat 24-30 biji. Cara memasak lebih kurang sama dengan Cream Puff.

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan lemak sayuran
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yang telah diayak (115gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Minyak untuk mengoreng
  • Perasa: gula, coklat, serbuk kayu manis… ikut citarasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan lemak sayuran.
  • Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.
  • Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.
  • Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati. (Boleh rujuk Cream Puff resepi untuk cara-cara bergambar)
  • Masukkan doh ke dalam beg paip (‘piping bag’). Guna tiub bintang (‘nozzle’), paipkan doh (buat bentuk bulat) ke atas ‘potato masher’ yang dilapis dengan lapisan aluminium.
  • Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dengan ‘potato masher’ sekali. Goyangkan ‘potato masher’, donut akan terapung dan goreng sampai perang.
  • Bubuh aising atau coklat mengikut rasa. Dihidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN