Salah satu menu yang ada kat kedai makan kat sini…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Filet Ikan Berlada…

Salah satu menu yang ada kat kedai makan kat sini…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul filet ikan saiz besar – dipotong kecil
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris
  • 1/4 biji capsicum hijau – dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 btg cili merah *
  • 4 btg cili api (nak pedas lagi, bleh tambah) *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • sedikit garam, gula, serbuk kunyit, air
  • minyak
  • daun bawang – dipotong kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Lumur ikan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam… Goreng kekuningan dan angkat… ketepikan…
  • Kisar kering atau tumbuk bahan bertanda * … ketepikan…
  • Tumis bawang besar dan capsicum sehingga layu… ketepikan…
  • Tumiskan bahan kisar dan lada hitam (lagi 1/2 sudu) sehingga garing… Masukkan sedikit air… kacau… masukkan kicap pekat dan kacau lagi… masukkan gula dan garam secukup rasa… kacau…
  • Masukkan bawang dan capsicum yang telah digoreng tadi… masak sehingga agak kering (kalau banyak air sangat, nanti filet tu lembik) … tutup api… masukkan filet tadi dan daun bawang … kacau rata… Siap tuk dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN