Resipi mudah untuk penggemar durian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Durian Hazelnut Muffin

Resipi mudah untuk penggemar durian.

BAHAN-BAHAN

  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian
  • 30 g kacang hazel, dicincang kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan cincangan kacang hazel dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dengan walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak.
  • Isi dalam cawan muffin 3/4 penuh dan hias dengan sebiji kacang hazel. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz cawan muffin masing-masing.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN