Bagaimana cara nak masak Daging Rendang Palembang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Rendang Palembang

Bagaimana cara nak masak Daging Rendang Palembang?

BAHAN-BAHAN

  • 400 g daging (Dihiris nipis) 
  • ½ cawan kicap manis 
  • 2 cawan air 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
    (Semua bawang merah, bawang putih, serai, halia & lengkuas dikisar bersama)
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • ½ cawan santan 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 10 biji cili api 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan daging dengan kicap manis dan air sehingga lembut dan 
      hampir kering. Ketepikan. 
    2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan 
      cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
    3. Masukkan santan, kerisik, dan daging yang direbus. Kacau 
      rata sehingga kering dan pecah minyak. 
    4. Masukkan cili api dan kacau rata lagi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN