Resepi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Perap Istimewa

Resepi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging (dihiris nipis)
  • Bahan Kisar – 6 ulas bawang kecil, 6 ulas bawang putih, 2 inci halia, 2 inci kunyit hidup, 1 sb ketumbar, 1 sb jintan putih, 1 sb jintan manis, 1 biji buah keras.
  • 3 batang serai (dititik)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kicap pekat manis sesedap rasa
  • segenggam cili padi (buang tangkai sahaja)
  • Minyak untuk menumis kira-kira sesenduk besar.
  • Sekeping asam keping dan 3 helai daun limau perut.
  • 2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Blander semua bahan kisar.
  • Dalam bekas perapkan daging yang telah dipotong dengan bahan kisar.
  • Tambahkan 1 susu besar gula dan garam, gaul rata perapkan ( 1 jam)
  • Panaskan minyak tumis serai hingga naik baunya.
  • Masukkan daging yang telah diperap dan tambahkan 2 cawan air.
  • Masak sehingga daging empuk.
  • Tambahkan kicap manis secukupnya, asam keping dan daun limau perut yang di koyak dua, Gaul sehingga agak kering.
  • Hidangkan untuk keluarga. (* daging ini juga sedap dimakan dengan nasi himpit).
  • Klik untuk isi cara-cara di sini
  • Klik untuk isi cara-cara di sini
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN