Resepi dari arwah nenek.
Masakan yang agak pedas & ‘hangat’. Sesuai juga dimakan dengan nasi minyak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Kicap Bercili

Resepi dari arwah nenek.
Masakan yang agak pedas & ‘hangat’. Sesuai juga dimakan dengan nasi minyak.

BAHAN-BAHAN

  • 500g daging batang pinang – di hiris
  • 15 tangkai cili kering
  • 1/2 camca teh jintan besar
  • 1/2 camca teh jintan kecil
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • 2-3 biji bawang besar dimayang
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bawang merah dan bawang putih.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Masukkan daging.
  • Masukkan air asam jawa, kicap, garam dan gula.
  • Renehkan seketika, masukkan bawang besar.
  • Tutup api, sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN