Resipi utara.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Hitam Manis

Resipi utara.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging (dipotong kiub)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 10 sudu besar kicap pekat
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 15 tangkai cili kering (kisar)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawan merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap pekat, sos cili dan cili kering bersama sedikit air dan sedikit minyak.
  • Panaskan kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari terlebih dahulu hingga harum. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Masak hingga mendidih di atas api sederhana.
  • Masukkan daging. Masak sehingga daging betul betul empuk. Masukkan garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa dan masak lagi. Masukkan bawang besar. Jika pekat boleh ditambahkan air. Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN