Masakan ala Padang Indonesia, masa buat 15 – 20 minit sahaja, resepi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging goreng tumbuk masak padang

Masakan ala Padang Indonesia, masa buat 15 – 20 minit sahaja, resepi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kati daging,
    15 tangkai cili kering,
    2 ulas bawang putih,
    2 labu bawang besar,
    Sedikit belacan,
    Sedikit air asam jawa,
    2 sudu besar gula,
    Garam secukup rasa,
    Ajinamoto (secukup rasa),
    1/2 cawan kicap pekat manis,
    Minyak masak (secukupnya).
CARA PENYEDIAAN
  • Daging dipotong nipis dan diperap dengan kicap pekat selama 10 minit. Cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih di kisar atau ditumbuk tapi jangan terlalu halus.
    Daging yang telah diperap tadi digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing. Kemudian daging itu ditumbuk sekeping- sekeping supaya menjadi lembut.
    Minyak bekas goreng daging tadi boleh digunakan untuk menumis. Tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto). Masukkan pula, daging yang telah siap ditumbuk tadi. Masak dengan api yang sederhana. Apabila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN