resepi ibu… mudah & ringkas ^_~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Daging Goreng Kunyit (Terengganu)

resepi ibu… mudah & ringkas ^_~

BAHAN-BAHAN

  • ??400g daging batang pinang dihiris nipis
  • ??1 sk serbuk ketumbar
  • ??sedikit cili api / cili merah (ikut selera)
  • ??1 biji bawang besar dipotong bulat2
  • ?? serbuk garam & kunyit secukup rasa
  • ?? air secukupnya
  • ??minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging yang telah dihiris dengan serbuk ketumbar & air yang sedikit sahaja & (jangan sampai daging tenggelam nanti lambat kering). Tujuan merebus daging adalah untuk mengelakkan daging liat semasa di goreng.
  • Apabila air daging hampir kering, masukkan serbuk garam & kunyit secukup rasa dan gaul sebati selama 3-5 minit.
  • Masukkan minyak (agak2 boleh untuk menggoreng daging tapi jangan banyak sangat), bawang besar da cili. Goreng sehingga bawang layu dan daging sedikit garing.
  • Siap untuk dihidang. ^_~
    * siapa yg suke sayur, boleh masukkan sekali lobak merah / kobis bunga / kacang panjang / etc (semasa memasukkan minyak)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN