Resipi barat tapi, mudah disediakan, tak terlalu manis dan boleh diubahsuai jadi perasa coklat atau style marble

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cupcakes Vanilla Mudah

Resipi barat tapi, mudah disediakan, tak terlalu manis dan boleh diubahsuai jadi perasa coklat atau style marble

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu (segar atau uht)
  • 2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.
  • Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.
  • Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.
  • Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.
  • 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.
  • Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN