Dari buku “Cakes And Bakes”….memang sedap, bila makan terus lesap je dalam mulut….penuh nikmat!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cream Cheese Spirals

Dari buku “Cakes And Bakes”….memang sedap, bila makan terus lesap je dalam mulut….penuh nikmat!!!

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN DOH:-
  • 110 g mentega
  • 110 g cream cheese
  • 120 g tepung gandum
  • 2 camca besar gula aising
  • BAHAN DI INTI:-
  • 20 g kacang walnut, dikisar sederhana halus
  • 20 g kacang badam, dikisar sederhana halus
  • 50 g gula perang (brown sugar)
  • 1/2 camca teh serbuk kayu manis
  • BAHAN LAIN:-
  • 1 putih telur
  • Gula aising secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu bekas, dengan menggunakan wisk, kacau mentega, cheese dan gula aising hingga sebati dan sedikit kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan hingga tepung habis dan adunan tidak melekat di mangkuk. Jgn bimbang jika adunan agak lembut.
  • Bulat2kan doh tadi dan leperkan sedikit, bungkus dgn menggunakkan plastik cling dan sejukkan 40 minit – 1 jam dalam peti ais.
  • Sementara itu satukan semua bahan2 inti dan gaul hingga rata. Keluarkan doh dari peti sejuk, tabur tepung pada papan pencanai dan canai doh berhati2 sehingga menjadi bulatan berukuran 11 inci…
  • Sapu dgn putih telur hingga rata dan tabur bahan2 inti hingga memenuhi permukaan doh. Dgn pisau yg dicelup dgn tepung, bahagikan bulatan tadi kepada 16 bahagian yg sama besar.
  • Dengan berhati2, gulung potongan tadi dari bahagian luar ke dalam. Gunakan pisau bercelup tepung utk melonggarkan bahagian bawah doh masa menggulung.
  • Perlahan2 pindahkan gulungan tadi ke atas dulang pembakar yg telah disapu dgn sedikit mentega. Sapu dgn kuning telur (kalau suka).
  • Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 15 – 20 minit. Begantung pada keadaan oven masing2. Sejukkan atas redai hingga dingin. Ayak gula aising sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN