Pernah terfikir macam mana rasanya kalau kita gabungkan Coney Dog dengan Kacang Pool?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coney Dog Kacang Pool

Pernah terfikir macam mana rasanya kalau kita gabungkan Coney Dog dengan Kacang Pool?

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin kacang pool 
  • 5 sudu besar bawang merah (dikisar)
  • 1 sudu besar bawang putih (dikisar)
  • ½ sudu besar halia (dikisar) 
  • 500g daging kisar 
  • 1 sudu besar serbuk kari daging 
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 tin tomato 
  • Telur 
  • Minyak masak 
  • Sosej (direbus / dipanggang) 
  • Roti hot dog 
  • Topping: 
  • Bawang merah (dicincang) 
  • Cili hijau (dicincang) 
  • Limau 
CARA PENYEDIAAN
    1. Lenyekkan kacang pool 
    2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia 
    3. Masukkan daging kisar dan masak sehingga warna bertukar dari merah ke perang 
    4. Masukkan kacang pool dan gaul sehingga sebati 
    5. Masukkan serbuk kari daging, garam dan tomato tin 
    6. Masak sehingga kuah menjadi pekat, lebih kurang 20 minit 
    7. Apabila sudah hampir masak, pecahkan telur ke dalam kuah kacang pool 
    8. Cedokkan telur dan kuah ke atas roti dan sosej 
    9. Lengkapkan hidangan dengan bawang merah, cili hijau dan limau

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN