Kek coklat kegemaran keluarga, resipi dari mummy
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cocoa Fudge Cake With Creamy Vanilla Frosting
Kek coklat kegemaran keluarga, resipi dari mummy
BAHAN-BAHAN
- 1 2/3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam halus
- 1 1/2 cawan gula kastor (pasir halus)
- 2/3 cawan serbuk koko (saya guna vochelle)
- 1 1/2 cawan susu segar (uht atau fresh)
- 2 biji telur
- 1/2 cawan mentega/margerine (suhu bilik)
- 1 sudu teh esen vanilla
- Untuk Creamy Vanilla Frosting
- 2 sudu besar mentega
- 2 cawan gula icing
- 2-3 sudu besar susu uht/segar
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Kesemua bahan dimasukkan kedalam
‘mixing bowl’ satu persatu. - Dengan menggunakan whisk (nak guna mixer pun boleh), kacau perlahan kesemua adunan biar mesra sebati dalam 30 ayunan whisk (clockwise).
- Kemudian aktiviti whisk diteruskan pada kelajuan yang semakin meningkat dalam 3 minit. Adunan menjadi likat dan cair.
- Loyang 20 inci, digris mentega dan ditabur tepung.
- Ketuhar dipanaskan dalam 10 minit pada suhu 160 darjah celcius.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bergris tadi dan bakar selama 45 minit (atau bila garfu dicucuk kek tak melekat)
- Sementara kek dibakar, bolehlah menyediakan frosting yang boleh disapukan selepas kek tersebut telah sejuk nanti.
- Kesemua bahan untuk frosting disatukan
dalam bekas dan dikacau menggunakan
whisk atau mixer sehingga jadi putih berkrim. - Frosting ini mungkin agak terlalu manis, jadi boleh dikurangkan sukatan gulanya.
- Selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.