menu baru

KFC telah menambah menu baru dengan hidangan sedap menjilat jari ala Timur Tengah sempena dengan bulan Ramadan dan Syawal lah!

Buat penggemar KFC, mesti seronok nak menikmati KFC Arabian Spice Crunch BAHARU, menu terbaru yang menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat.

Baca juga: Mat Salleh Ini ‘Claim’ KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh! 

Ia bukan saja mempunyai rasa eksotik Timur Tengah yang mempunyai gabungan aneka rempah ratus Arab, malah ada banyak lagi rasa yang akan menyaluti lidah korang dengan ayam goreng Hot & Spicy signature KFC.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) yang pastinya memuaskan selera korang dengan setiap gigitan rangup.

Bermula dengan harga RM17.49, KFC Arabian Spice Crunch sudah boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh negara sejak 16 Mac yang lalu.

menu baru kfc

Korang juga boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

Selain itu, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadan & Raya korang.

Sempena Ramadan, hidangan sahur seawal 4 pagi bermula 23 Mac 

Demi memudahkan orang ramai, bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti:

  • Nasi Lemak KFC
  • Bubur Zinger
  • KFC Hot Teh Tarik

Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara sama makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.

Hidangan sahur pula boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) seluruh negara ketika bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut tentang menu baru ini, korang boleh layari laman KFC di sini atau muat turun aplikasi KFC.

Baca juga: Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN