Resepi yang mudah dan murah. Boleh dibakar atau dikukus. Resepi asal oleh kittencal.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Chocolate Chip Fudge Cupcakes
Resepi yang mudah dan murah. Boleh dibakar atau dikukus. Resepi asal oleh kittencal.
BAHAN-BAHAN
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/3 cawan minyak masak atau minyak sayuran
- 1 cawan susu segar atau susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan cip coklat
- 1 biji telur – pukul sedikit
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven atau kukusan. Susun acuan kek cawan.
- Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
- Gaul sebati gula, tepung, koko, soda dan serbuk penaik.
- Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan esen vanila.
- Masukkan campuran tepung & koko ke dalam campuran minyak.
- Kacau sebati dan masukkan cip coklat. Sudukan ke dalam acuan kek cawan.
- Kukus atau bakar selama 20-25 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.