Rujuk dari forum cari tapi sudah diubah sedikit. Selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chilled Oreo Cheesecake

Rujuk dari forum cari tapi sudah diubah sedikit. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan bawah:
  • 120g biskut Oreo – asingkan krimnya
  • 100g mentega tanpa garam – cairkan
  • Inti:
  • 250g krim keju Philadelphia
  • 200g krim putar
  • 70g gula
  • 1 1/2 sudu serbuk gelatin – larutkan dalam 30 ml air
  • 40ml jus lemon
  • 5-10 keping biskut Oreo – patah-patahkan
  • Hiasan:
  • 200g krim putar
  • 30g gula
  • Biskut Oreo
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Balutkan loyang dengan lapisan aluminium supaya senang untuk keluarkan kek nanti.
  • Untuk lapisan bawah, hancurkan biskut dan campurkan dengan mentega yang dicairkan. Kemudian, tekan sampai adunan betul-betul padat dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  • Dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air dan jus lemon. Menggunakan kaedah ‘double boiler’, larutkan sampai gelatin larut sepenuhnya, biarkan seketika.
  • Dalam mangkuk pengadun, pukul krim keju dan gula sampai berkrim dan kemudian bolehlah tambahkan krim putar. Pukul lagi untuk 5 minit.
  • Campurkan larutan gelatin tadi.
  • Akhir sekali, masukkan biskut Oreo yang telah dipatah-patahkan tadi.
  • Sejukkan selama 4 jam atau sehingga kek tu sudah keras.
  • Untuk hiasan, pukul krim putar bersama gula sehingga menjadi aising dan hiaslah dengan biskut Oreo.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN