resepi dari reachalray ntv7…dalam banyak2 resepi yang hamba try ni terbest…sodap..anak2 suka…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheese makaroni oven

resepi dari reachalray ntv7…dalam banyak2 resepi yang hamba try ni terbest…sodap..anak2 suka…

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus makaroni yang macam kerang atau straw tu.
  • Cheddar cheese.
  • 1 biji bawang kuning yang besar, 3 ulas bawang putih.
  • 2 sudu butter.
  • 3 sudu besar tepong gandum.
  • 3 cawan susu uht.(hamba guna dutch lady low fat).
  • 2 cawan air.
  • 1 kiub ayam knorr.
  • 2 biji chili cameron atau asparagus.
  • Udang atau ayam.(kuantiti sukahati, lagi banyak lagi best).
  • 3 atau 4 sudu sos chili.(kimball sedap).
  • Serbuk lada hitam(pepper) dan garam.
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
  • Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter. Biarkan sampai layu kekuningan.
  • Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air, kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut.
  • Masukan udang atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukan susu dan sos chili.
  • Kemudian masukan cili cameron yang dihiris2 atau asparagus yang telah dicelor. Celor dengan air rebusan makaroni tadi.
  • Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra(bob). Eh lupa lak….parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum…perghhh sedap.
  • Ops…jangan hidang dulu..sabar, sile tengok name resepi ada perkataan oven…so masukan kesemuanya kedalam bekas pembakar, tabur cheese yang diparut diatas sebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.
  • Haaa…sekarang baru bolih dihidangkan. Makan semasa masih berasap sebab kalau dah sejuk tak best dah…..ikut resepi sebenar guna asparagus tapi hamba tak jumpa…terjumpa aspalela lak.
  • Budak2 suka nih…lebihkan lauk dan kurangkan sayur adalah disarankan untuk anak2 sebab sah dorang asingkan punya..komen hamba resepi nih memang sedap..macam rasa whip potato punya kuah pun ada…sila cuba dihujung minggu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN