Lauk makan malam semalam, sedapnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter Crab

Lauk makan malam semalam, sedapnya.

BAHAN-BAHAN

  • 600 g ketam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu besar susu segar/susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 6 biji cili padi – dititik atau potong ikut suka
  • Sedikit daun kari
  • Secubit garam
  • Bahan Perap
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Secubit garam dan lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci dan siapkan ketam ikut suka (saya beli yang dah siap bersih dan potong dua). Lap dan keringkan dengan ‘kitchen/paper towel’.
  • Bancuh bahan perap hingga sebati, kemudian masukkan ketam. Biar sekejap dalam 10-15 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ketam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  • Masuk susu dan kuning telur dalam mangkuk dan kacau sebati.
  • Cairkan butter dalam kuali panas. Tuang campuran susu dan telur tadi perlahan-lahan dan kacau/goreng atas api kecil tanpa berhenti hingga membentuk bintil-bintil halus.
  • Masukkan ketam tadi, bawang putih, cili padi, daun kari dan secubit garam. Tumis atas api besar hingga rata panasnya.
  • Tutup api, angkat dan hidang panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN