Resipi dari R.net…memang sedap ni, saya siap buat roti hotdog sekali. Walaupun tidak guna mesin roti, rotinya memang terbaik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Burger Bun

Resipi dari R.net…memang sedap ni, saya siap buat roti hotdog sekali. Walaupun tidak guna mesin roti, rotinya memang terbaik.

BAHAN-BAHAN

  • 550gm tepung roti/serbaguna
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu teh garam
  • 14gm yis
  • 180ml susu
  • 120ml air
  • 3 sudu besar marjerin/mentega
  • 3 biji telur (2 guna dalam adunan dan 1 lagi untuk sapu)
  • Bijan
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan separuh tepung dengan gula, garam dan yis dalam pengadun.
  • Panaskan susu, air dan marjerin hingga suam, masukkan ke dalam tepung tadi. Pukul kelajuan tinggi selama 2 minit.
  • Masukkan telur (2 biji) dan separuh lagi tepung, pukul lagi selama 2 minit.
  • Uli adunan selama 4 minit, jadi doh lembut dan tutup dengan pembalut. Rehatkan selam 30-45 minit.
  • Tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin, bahagi 12 bahagian bebola. Letak atas dulang bergris atau guna kertas masakan dan leperkan sikit. Rehatkan selama 15-20 minit lagi.
  • Pukul 1 biji telur dan sapu atas ban, tabur bijan jika suka. Bakar selama 10-15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN