Resipi ini diberi oleh seorang tukang masak di Bristol kepada suami saya, balasan sebab bagi dia resipi kari Malaysia.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bunnah (Daging)

Resipi ini diberi oleh seorang tukang masak di Bristol kepada suami saya, balasan sebab bagi dia resipi kari Malaysia.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1.5kg daging lembu atau biri-biri cincang
  • 1 biji bawang besar (kuning) dicincang
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia (tumbuk bersama bawang putih tadi)
  • Bahan B (Rempah):
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6-8 biji lada hitam
  • 6 biji bunga cengkih
  • 2-3 helai daun bay
  • 4-5 biji buah pelaga hijau
  • Bahan C (Rempah Serbuk):
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam masala (dijual di pasaraya, bahagian rempah)
  • 3-4 biji cili hijau, patahkan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 2-3 sudu minyak masak di dalam periuk.
  • Masukkan bawang, bahan B serta bawang putih dan halia yang ditumbuk; kacau.
  • Tutup periuk dan pastikan api sederhana selama 10-15 minit.
  • Kacau selalu sehingga lembut dan perang.
  • Masukkan daging, kacau sehingga perang, masukkan bahan C, kacau.
  • Tutup periuk dan masak selama 40-60 minit.
  • Tambah air bila perlu.
  • Agak 15 minit sebelum siap, masukkan cili hijau.
  • Perah lemon ke dalam periuk kira-kira 5 minit sebelum tutup api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN