Bubur ni untuk orang demam atau tidak sihat. Resipi ringkas tapi sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Nasi Kasih Sayang

Bubur ni untuk orang demam atau tidak sihat. Resipi ringkas tapi sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan beras
  • Sebatang lobak merah
  • Sawi (dalam 2 pokok cukup la)
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  • 1 liter air…(air ditambah sehingga nasi betul-betul kembang)
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Lobak merah dipotong dadu. Sawi dipotong halus.
  • Udang perlu dibuang kulit dan dipotong dua kalau udang tu besar.
  • Basuh beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. Air kena lebih supaya bubur betul-betul kembang.
  • Bila beras dah lembut (hampir masak), masukkan kiub pati ayam, udang, lobak merah dan sedikit garam.
  • Tunggu sehingga bubur betul-betul kembang baru masukkan sawi. Tambah garam secukup rasa, tambah air kalau bubur jadi terlalu kering. Bila bubur dah betul-betul kembang bolehlah dimakan :)
  • Nak lagi sedap, makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang merah.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN