Olahan resepi bubur lambuk Kelantan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Lambuk Perantau

Olahan resepi bubur lambuk Kelantan.

BAHAN-BAHAN

  • Nasi – (yang dimasak seperti biasa)
  • Ikan bilis – (ikut suka)
  • Lobak merah – 1 batang (ikut suka)
  • Santan – 1 kotak (segera)
  • Halia – 2 inci
  • Cream Spinach – 250gm
  • Serbuk lada hitam – ikut suka
  • Garam dan gula – sesedap rasa
  • Tambahan – ikan kering/ayam/daging dipotong kecil-kecil (kalau nak lagi sedap)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ke dalam periuk besar cream spinach, dan ditambah dengan santan. Masukkan air sehingga separuh periuk tersebut. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras, lobak, serbuk lada hitam, garam dan gula (dan bahan tambahan). Masak sehingga nasi tersebut kembang.
  • Siap. Boleh dihidang dengan ikan bilis goreng, daun bawang dan cili. Selamat mencuba!!
  • **Sila sesuaikan nasi dengan air. Kalau rasa pekat sangat, sila tambah air.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN