Nampak ringkas, senang dimasak dan senang dimakan. Kalau disejukkan lagi sedap!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Kacang Hijau
Nampak ringkas, senang dimasak dan senang dimakan. Kalau disejukkan lagi sedap!
BAHAN-BAHAN
- Kacang hijau – direbus bersama air sehingga empuk
- Gula hitam – agak-agak sendiri, kalau yang suka manis bolehlah lebihkan
- Santan – agak-agak sendiri, mahu cair atau pekat
- Sedikit halia – jika suka, gunakan daun pandan pun boleh, halia bagus sebab buang angin
- Garam – secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Setelah kacang direbus empuk, masukkan halia atau daun pandan, gula, santan dan sedikit garam.
- Kacau hinggalah sebati dan sedap rasa, sesiapa yang suka durian, bolehlah masukkan durian sekali, jadilah bubur kacang hijau durian.
- Jangan terlalu pekat, nanti bila sejuk, kuahnya meresap pada kacang, jadi pekat pula. Bila rebus kacang (bila sudah empuk), sebelum masukkan bahan-bahan yang lain, boleh tambahkan sedikit lagi air supaya ada kuahnya.
- Senangkan? Pertama kali buat bubur kacang…menjadi pula tu, sedap! Kemudian diletak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagilah sedap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.