Pilihan pencuci mulut yang sesuai untuk makan malam istimewa..~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Triffle

Pilihan pencuci mulut yang sesuai untuk makan malam istimewa..~

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan sos beri biru’blueberry’
  • 1 cawan krim putar
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan keju ‘mascarpone’
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kek span/mentega (seeloknya yang bulat)
  • 2 sudu besar gula
  • 25-30 biji strawberi – dipotong dua
  • Biskut ‘gingersnap’ – untuk hiasan, jika tiada boleh juga digantikan dengan biskut Digestive
CARA PENYEDIAAN
  • Taburkan 2 sudu besar gula ke atas strawberi yang telah dipotong. Gaulkan perlahan (jangan sampai strawberi hancur). Letakkan di tepi.
  • Pukul keju, krim putar, gula kastor dan esen vanila sehingga adunan kembang dan menjadi ringan.
  • Potong kek span kepada lebih kurang 2 cm tebal.
  • Buat lapisan di dalam sebiji mangkuk (lebih cantik guna mangkuk jernih supaya boleh nampak lapisnye hehe..). Dimulai dengan kek span, sos ‘blueberry’, strawberi dan adunan keju ‘mascarpone’.
  • Ulang lapisan mengikut kesukaan masing-masing. Biasanya tiga lapisan sudah mencukupi.
  • Pada lapisan yang paling atas, taburkan biskut ‘gingersnap’ yang telah dihancurkan.
  • Susunkan strawberi mengikut kreativiti masing-masing di lapisan atas sekali.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN