cara betul simpan tepung

Rupa-rupanya, ada cara betul simpan tepung agar tahan lama dan tiada ulat yang datang bersarang. Ini kerana, tepung adalah bahan paling utama dalam masakan kuih-muih dan kek, jadi penjagaan kualiti tepung amat penting.

Biasanya, tepung ini dijual di kedai-kedai runcit dan pasar raya dalam bentuk pakej mengikut berat. Setiap kali digunakan, tepung pastinya digunakan dalam jumlah tertentu sesuai dengan jenis hidangan yang disediakan.

Oleh itu, kadang-kadang terdapat sisa tepung yang belum digunakan dan disimpan untuk kegunaan masa depan. Walaupun telah disimpan atau diikat, kadangkala tepung ini boleh mengeluarkan bau hapak apabila ingin digunakan semula.

Baca juga: Bancuhan Tepung Idli Dan Tosai Guna 4 Bahan, Dengan Resipi Chutney Sekali

Lebih-lebih lagi, apabila rumah tidak banyak penghuninya, ada yang menggunakan sedikit tepung dan menyimpannya. Tetapi, apabila dibuka semula, seringkali terdapat ulat dan telur di dalamnya. Hendak terus dibuang, memang rugi.

Untuk memastikan tepung yang disimpan selamat dan tahan lama, tanpa mengira jenisnya, anda boleh ikuti tip yang dikongsi oleh Mastura Fuad ini.

CARA BETUL SIMPAN TEPUNG SUPAYA TAHAN LAMA DAN TIADA ULAT

cara betul simpan tepung

Cara penyimpanan tepung untuk tahan lama. Mastura berkongsi cara beliau menyimpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk jangka masa yang panjang.

  • Tepung yang dibeli dimasukkan ke dalam freezer selama dua minggu. Jangan risau, tepung tidak akan membeku, tetapi cara ini akan membunuh segala kutu atau telur ulat tepung yang mungkin ada di dalamnya.
  • Anda boleh menyimpan dalam freezer selama satu minggu, tetapi saya sengaja menyimpan lebih lama sedikit.
  • Selepas itu, keluarkan tepung dan biarkan pada suhu bilik sehingga hilang keadaan sejuk dan wap.
  • Lap kering bungkusan tepung tadi dan simpan dalam beg zip. Gunakan dua beg zip untuk setiap pek tepung. Masukkan beg zip kedua dalam arah yang bertentangan dengan bahagian kunci/kepala beg zip pertama.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mastura Fuad

Baca juga: Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN