Kek yang menggunakan blueberry filling (jenis inti cheese tart tu) ke dalam adunannya. Jimat kos sebab tak perlu guna buah-buahan segar. Resepi, cara hiasan dan video buat bunga azalea: http://zachoes.blogspot.com/2011/09/resepi-blueberry-filling-layer-cake.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Filling Layer Cake

Kek yang menggunakan blueberry filling (jenis inti cheese tart tu) ke dalam adunannya. Jimat kos sebab tak perlu guna buah-buahan segar. Resepi, cara hiasan dan video buat bunga azalea: http://zachoes.blogspot.com/2011/09/resepi-blueberry-filling-layer-cake.html

BAHAN-BAHAN

  • A:
  • 50g air biasa
  • 50 g blueberry filling
  • ***Bahan-bahan diatas dicampur. Seeloknya ditapis kalau ada biji-biji buah blueberry. Ketepikan.
  • B:
  • 100g tepung kek@tepung superfine – tepung gandum pun boleh kalau darurat
  • 15g tepung jagung
  • 10g su susu tepung – ku guna Dutch Lady full cream milk
  • 30g gula kastor
  • ***Bahan-bahan atas dicampur rata dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  • C:
  • 75g minyak masak
  • beberapa titik esen blueberry – ku guna yang dalam botol picit-picit, dalam 5 titik gitu
  • beberapa titik pewarna ungu
  • ***Bahan-bahan di atas dikacau rata dalam bekas kecil. Ketepikan.
  • D:
  • 4 biji kuning telur Gred A
  • 4 biji putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar – optional
  • 60g gula kastor
  • Hiasan: 50g blueberry filling 2C fresh cream@non-dairy whipping cream, dipukul kaku
CARA PENYEDIAAN
  • Tuangkan Bahan C ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan kuning telur, kacau rata dan ketepikan.
  • Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan sedikit gula kastor. Pukul hingga setengah kembang. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, sambil dipukul hingga stiff peak.
  • Tuangkan campuran tepung ke dalam adunan putih telur sedikit demi sedikit, sambil dikaup rata guna spatula/sudu kayu, hingga habis.
  • Tuangkan ke dalam loyang bulat yang dilengser butter dan dialas dengan baking paper. Bakar 180C, 30 minit atau hingga lidi dicucuk ditengah-tengah kek keluar kering.
  • Keluarkan kek dari oven dan sejukkan sebentar atas redai. Keluarkan kek dari loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik. Kemudian balut kek guna cling film (untuk elak kek kering) dan simpan dalam peti sejuk 3 jam atau lebih.
  • Keluarkan kek dari peti sejuk, potong pada 3 layer menggunakan pisau bergerigi memotong roti. Sapukan blueberry filling dan sapukan dengan fresh cream di atasnya. Hias ikut suka dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN