Kek keju yang tak perlu dibakar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Cheesecake

Kek keju yang tak perlu dibakar.

BAHAN-BAHAN

  • 80g Graham cracker/apa-apa biskut yang sesuai
  • 40g mentega
  • 30g gula halus
  • 1 biji kulit lemon
  • 4 sudu kecil madu
  • 60g yogurt
  • 70g susu segar
  • 12g gelatin – cairkan dengan 3 sudu besar air suam
  • 125g krim segar
  • 1 biji jus lemon
  • 6 sudu besar jem blueberry
  • 70g blueberry
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
  • Masukkan mentega ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yang boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
  • Pukul krim segar sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
  • Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yang ada krim ni ke dalam air panas (beralaskan air panas). Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
  • Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
  • Campurkan adunan cream cheese tadi dengan krim segar yang telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
  • Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk ‘mable’.
  • Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry. Masukkan pula adunan yang selebihnya.
  • Simpan dalam peti ais sehingga beku.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN