sesiapa yang masih tercari2 resipi biskut raya, boleh cuba yang ini. Dapat drp majalah Saji 07.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Snow Almond

sesiapa yang masih tercari2 resipi biskut raya, boleh cuba yang ini. Dapat drp majalah Saji 07.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
  • BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum – dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate – saya guna susu tepung
  • HIASAN:
  • Coklat masakan – dicairkan
  • white breadcrumb
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  • Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  • Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  • Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  • Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  • Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN