Aneka Kuih Bingka Indo

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bingka Ambon

Aneka Kuih Bingka Indo

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum
  • Bahan B
  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
  • Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  • Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 – 3 jam.
  • Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  • Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  • Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 – 5 jam) pada suhu bilik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN