Resepi sempoi dan mudah…….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bihun Sup Sempoi

Resepi sempoi dan mudah…….

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan untuk sup:
  • 4 keping dada ayam
  • 10 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 hiris halia
  • 2 sudu besar serbuk rempah kurma
  • Rempah penumis
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk bihun:
  • Sebungkus bihun
  • Daun sup, kobis & sawi Jepun
CARA PENYEDIAAN
  • Cara untuk membuat supnya-bersihkan ayam masukkan kedalam periuk bersama bahan-bahan sup yang lain. Masukkan lebih kurang 2 liter air. Didihkan sup ini sehingga ayam agak empuk dengan api yang perlahan.
  • Setelah ayam empuk kecilkan api keluarkan ayam. Cerai-ceraikan ayam dari tulang. Masukkan semula ayam yang telah dilerai dari tulang kedalam sup. Rasa sup setelah semua rasa cukup jadi sudah sup ayamnya.
  • Celur bihun. Daun sup, kobis & sawi Jepun dipotong kecil-kecil.
  • Didalam satu mangkuk masukkan bihun, sayuran kobis & sawi Jepun, setelah itu curahkan sup ayam & isinya yang dicerai-ceraikan tadi. Kemudian taburkan daun sup. Kalau ada bawang goreng pun sedap diletak. Siap bihun sup sempoi ini, jadi bolehlah dinikmati dengan cili kicap. Makan tengahari mesti bertambah-tambah. *****SELAMAT MENCUBA*****

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN