Sesuai juga dihidangkan bersama Kari Kofta ataupun Keema.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bhatura

Sesuai juga dihidangkan bersama Kari Kofta ataupun Keema.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung roti
  • 100 gram tepung suji (dikisar halus)
  • 200 – 220 ml air suam
  • 1 peket (11 gram) yis kering
  • 2 sudu teh gula
  • 4 sudu besar mentega/ minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu besar tairu (yogurt)
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan yis, air suam dan gula. Ketepikan seketika.
  • Masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam mesin pembuat roti ataupun mangkuk yang besar dan campurkan dengan bancuhan yis tadi kemudian uli sehingga lembut dan licin.
  • Perap adunan sehingga ia naik dua kali ganda.
  • Tumbuk dan bulat-bulatkan adunan seberat 50 gram. Canai di atas papan bulat dan tipis.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kepanasan minyak haruslah sederhana. Masukkan bhatura yang telah dicanai kedalam minyak dan ia akan menggelembung. Balik-balikkan sehingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan.
  • Nota: Minyak untuk menggoreng tidak boleh terlalu panas kalau tidak nanti Bhatura yang digoreng tidak lawa. Jika adunan roti agak kering boleh anda tambahkan air sebanyak 2 – 4 sudu besar. Jika adunan roti terlembik boleh tambah tepung gandum/ tepung roti sebanyak 2 – 4 sudu besar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN