Bagaimana cara nak masak Bergedel Ikan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bergedel Ikan

Bagaimana cara nak masak Bergedel Ikan?

BAHAN-BAHAN

  • 300 g ikan tenggiri 
  • 1 ulas bawang putih (Ditumbuk) 
  • 3 batang kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • 3 tangkai daun sup (Dihiris) 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Ambil isi ikan tenggiri dan tumbukkan sehingga hancur. 
    2. Gaulkan sehingga sebati dengan semua bahan lain kecuali minyak 
      masak. 
    3. Bentukkan adunan isi ikan menjadi bulat dan leperkan. 
    4. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kuning 
      keemasan dengan api yang sederhana. 
    5. Angkat dan tuskan minyaknya. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN