Buat nie jap tadik pasal kesian dekat pisang yang dah nak mula nampak tak hensem..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Banana & Nut Crumble Muffin
Buat nie jap tadik pasal kesian dekat pisang yang dah nak mula nampak tak hensem..
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cawan tepung
- 1 tsp Baking Soda
- 1 tsp Baking Powder
- 1/2 tsp Garam
- 3 Biji Pisang (besar kalau kecil double kan lah)
- 3/4 Cawan Gula (suka manis tabah)
- 1 Biji Telur (pukul lembut cam nak buta telur dadar)
- 1/3 Cawan Butter dicairkan ( guna minyak masak pun boleh)
- Ini Untuk Crumblenya :-
- 1/2 cup Brown Sugar
- 1 tbsp tepung
- 1/8 tsp serbuk kayu manis ( tak dek tak pe)
- 1 tbsp butter sejuk
- 1/4 cawan kacang (hantam jek nak letak kacang apa2 sesedap rasa)
CARA PENYEDIAAN
- Untuk buat base muffin tu. Campurkan semua bahan kering, macam Tepung, Baking Soda, Baking Powder, Garam dan Gula dalam satu mangkuk yang besar.
- Kacau kan bahan kering tu biar semua nya sebati. pas tu buat lubang di tengahnya. Cam orang bancuh simen tu ler. Lebih kurang.
- Okey. Pas tu bahan basah pulak. Pisang tu tadik di lecet kan. Ikut suka lah nak hancur ke separuh hancur ke.
- Masukkan telur dan juga butter yg dicairkan tadi ke dalam pisang.
- Sekarang masukan adunan pisang tadi ke dalam adunan kering. Kacau agak-agak sebati sahaja.
- Jangan kacau lebih2 takut nanti muffin terkeras pulak.
- Untuk Crumble tu senang aje campur semua bahan untuk crumble tu dalam satu bekas. dan ramas2 dengan hujung jari supaya butter tu sekata dan aduan terbentuk macam breadcrumb.
- Dalam bekas muffin. Penuhkan 2/3 cup dengan adunan muffin. Pas tu taburkan Crumble di atasnya. Kalau suka banyak crumble. Tekankan crumble tu dengan lembut di atas adunan muffin tu.
- Bakar dalam oven 200c selama 20-25 minit. Atau sehinnga masak dan kekuningan.Mengikut saiz muffin.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.