Ubahsuai dari ‘Coffee Cheesecake Stick’ sebelum ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Cheesecake Stick

Ubahsuai dari ‘Coffee Cheesecake Stick’ sebelum ni.

BAHAN-BAHAN

  • 210g krim keju
  • 60g gula aising
  • 1 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 3 sudu besar krim putar/krim segar
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 120g pisang- lecek
  • 150g biskut
  • 70g mentega – cairkan
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar biskut kemudian campurkan dengan mentega cair. Masukkan dalam acuan/loyang. Tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  • Campurkan telur dan telur kuning. Pukul sikit dengan garpu tapi tak perlu kembang.
  • Pukul krim keju dan gula sehingga jadi bentuk krim.
  • Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  • Masukkan pula krim segar, tepung jagung dan juga pisang. Kacau biar sebati. Tuangkan ke atas biskut tadi.
  • Bakar dengan suhu 180C selama 20-25 minit. Kemudian sejukkan 1-2 jam sebelum dipotong.
  • Cara potongnya terpulang pada masing-masing. Ini cara saya potong untuk hasilkan bentuk yang sama. Mula-mula potong kek kepada dua.
  • Guna pemotong roti… ubahsuai saiz kepada 20mm.
  • Letaklah kek yang dipotong 2 tadi dan potonglah kecil-kecil.
  • Contoh kalau nak balut. Potong kertas cukup muat untuk balut kek.
  • Kemaskan kiri kanan macam balut gula-gula.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN