Bagaimana cara nak masak Bamia Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bamia Ayam

Bagaimana cara nak masak Bamia Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (Dipotong 16) 
  • 5 kacang bendi 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 4 labu bawang besar 
  • 3 inci halia
  • ( Bawang putih, bawang besar dan halia ditumbuk halus)
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari daging 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 sudu makan tomato puri 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 1 cawan susu cair 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan kacang bendi sehingga lembut. Angkat dan rendamkan di dalam mangkuk berisi air sejuk. Kemudian tuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk halus, kulit kayu manis, dan serbuk rempah kari sehingga wangi dan pecah minyak. 
    3. Masukkan ayam, susu cair, tomato puri, dan garam. Kemudian kacau rata. 
    4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak. 
    5. Hidangkan dengan bendi yang sudah direbus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN