Untuk sosnya, adaptasi dari resipi sizzling telur yang kakak bagi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bak Choi Stim bersama Taufu Lembut

Untuk sosnya, adaptasi dari resipi sizzling telur yang kakak bagi

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku tauhu jepun/tauhu lembut
  • 2 pokok Bak Choi
  • 3 sb daging kisar
  • 1/2 labu bawang merah~dicincang
  • 1 ulas bawang putih~dicincang
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat ABC
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
CARA PENYEDIAAN
  • Leraikan setiap batang Bak Choi dan belah dua.Kukus beberapa minit.Susun di dalam pinggan hidang.Ketepikan
  • Tauhu lembut/Tauhu Jepun dipotong 8 dan kukus beberapa minit.Letakkan di atas (1).Ketepikan.
  • Di dalam pan,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
  • Masukkan kesemua bahan sos dan 2~3 sudu air.Kacau sehingga pekat.Tambah garam secukupnya jika perlu.
  • Bila daging sudah masak dan kuah pekat, tutup api dan tuang ke atas (2).
  • Sedia dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN