bahulu kukus lagi…buat atas permintaan kawan dan menambahkan koleksi resipi bahulu kukus di myresipi…cara2 membuat juga mudah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bahulu Soda Pandan Wangi

bahulu kukus lagi…buat atas permintaan kawan dan menambahkan koleksi resipi bahulu kukus di myresipi…cara2 membuat juga mudah…

BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung gandum – diayak (2 cwn + 3 sb)
  • 200 g gula halus (1 cwn)
  • 2 sk ovallete
  • 200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna hijau
  • secukup papercup
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum. diisi dgn papercup dan ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer)
  • Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan hijau.
  • Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis.
  • Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar…
  • ….hingga mekar…sejukkan kuih dan boleh dihidangkan…
  • di dalam acuan lompang..yg tak mekar sebab tk dialas papercups…
  • di dalam mangkuk muffin…lebih cantik jika menggunakan magkuk muffin size S…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN