Kek mocha dan pisang bersama krim coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ba-Choca Cake

Kek mocha dan pisang bersama krim coklat.

BAHAN-BAHAN

  • Kek Span Mocha:
  • 250 g adunan kek span coklat
  • 2 sudu besar serbuk Nescafe
  • 4 biji telur gred A
  • 50 ml air
  • 80 g mentega dicairkan
  • 4 biji pisang masak (apa-apa jenis mengikut kesukaan)
  • 1/2 biji lemon (ambil jus)
  • Krim Coklat:
  • 400 g mentega
  • 100 g lemak sayuran
  • 180 g gula aising
  • 2 sudu besar emulco coklat
  • Coklat urai secukupnya sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • CARA MEMBUAT KEK SPAN MOCHA
  • Kek Span Mocha: Campurkan serbuk Nescafe dengan air. Larutkan.
  • Pukul telur dengan tepung hingga pekat, campurkan air Nescafe tadi dan pukul lagi hingga gebu dan lembut. Masukkan mentega cair dan pukul hingga sebati. Bakar 30 minit pada suhu 180C.
  • CARA MEMBUAT KRIM COKLAT
  • Krim Coklat: Putar mentega dan lemak sayuran hingga licin. Tambah emulco coklat dan gula aising. Pukul hingga kembang dan gebu.
  • CARA MENYEDIAKAN/MENGHIDANG
  • Cara Hidang: Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Potong pisang nipis-nipis dan perap dengan jus lemon.
  • Sapu nipis krim coklat atas satu lapisan kek. Kemudian susun pisang atas krim. Sapu pula krim menutup pisang yang telah disusun tadi. Telangkupkan bahagian kek yang tinggal di atas lapisan ini. Sapu keseluruhan kek dengan krim coklat dan taburkan coklat urai di atasnya.
  • Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam dan sedia untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN