Ubahsuai resipi emak sebab duduk di perantauan. Senang, cubalah.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Percik Perantau
Ubahsuai resipi emak sebab duduk di perantauan. Senang, cubalah.
BAHAN-BAHAN
- Bahan Perap:
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 1 inci halia – kisar
- Garam – secukup rasa
- Seekor ayam sederhana besar – dipotong ikut suka
- Bahan Kuah:
- Santan – 1 peket/sebiji kelapa (saya pakai santan segera)
- 1 biji bawang besar – kalau mahu boleh guna bawang merah
- 1 batang serai – dititik
- 4 keping asam gelugor
- 1 sudu serbuk lada – boleh guna cili giling, kalau mahu percik putih tidak perlu masukkan lada
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 sudu tepung beras (pekatkan kuah)
CARA PENYEDIAAN
- Perapkan ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 20 minit.
- Masukkan ayam dalam ketuhar selama 12-15 minit.
- Sementara itu masakkan kuahnya – kisar bawang besar hingga hancur.
- Masukkan bawang besar, serbuk lada, asam gelugor, tepung beras dan serai ke dalam santan di dalam periuk dan masak atas api sederhana.
- Kacau kuah dan masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah masak, masukkan ayam yang sudah 3/4 masak (dimasak dengan ketuhar) ke dalam kuah…dan pastikan kuahnya menyaluti ayam.
- Ayam yang sudah disaluti kuah bolehlah digrilkan/dibakar sehingga masak. Semasa gril, bolehlah tuang kuah yang lebih ke atas ayam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.