Cilok resepi pak cik boroi jual ayam percik…jenuh nak pujuk suh ajar…akhirnya…berjaya juga memujuknya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Percik Pak Cik Boroi

Cilok resepi pak cik boroi jual ayam percik…jenuh nak pujuk suh ajar…akhirnya…berjaya juga memujuknya…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • BAHAN PERAP DAN PERCIK
  • 100 g kacang tanah (goreng dengan minyak)
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kunyit
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • 2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar kesemua bahan perap dan percik hingga 80% hancur.Gaulkan bahan-bahan ini dengan ayam.Perapkan selama sejam.
  • Masak ayam bersama bahan-bahan perap hingga ayam separuh masak.Kemudian angkat ayam ini dan bakar hingga masak.Percikkan dengan baki kuah yang ada.Bila telah masak boleh lah disiramkan dengan baki kuah yang ada semasa menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN